Sebelum itu, Kami ingin menerangkannkepada Anda Apa Itu Fb ads
Iklan FB Ads ..
Pasti anda biasa dengar? Tapi adakah anda tahu apakah “FB Ads” ini? Jika tahu, bagus…Tak tahu? Pun bagus! Ini kerana saya akan terangkan apa itu FB Ads.
FB Ads adalah singkatan bagi Facebook Advertising..dalam Bahasa Melayu, Pengiklanan Facebook!
Facebook menyediakan ruang untuk pengiklan untuk mengiklankan produk, servis, komuniti mereka dan sebagainya kepada jutaan pengguna Facebook berdasarkan;
data geografi (di mana pengguna FB berada),
data demografi (umur, jantina dan status pengguna FB) ,
data sosiografi (apa yang pengguna FB suka), dan juga
data sosiografi (hubungan antara seorang pengguna FB dengan pengguna FB yang lain yang telah sertai mana-mana fanpage atau group).
Di mana iklan dipaparkan? Dan bagaimana ianya dipaparkan?
Iklan FB ini dipaparkan di beberapa ruang pengiklanan FB mengikut ‘gajet’ yang digunakan oleh pengguna untuk melayari Facebook.
Paparan Iklan Buat Pengguna desktop, laptop & tab
Sekiranya pengguna menggunakan laptop/desktop/tab, paparan iklan dapat dilihat di:
1) Sidebar Akaun Facebook Audien.
Jika anda buka akaun FB anda, samada anda sedang layari newsfeed , mahupun sertai mana-mana group, anda akan jumpa iklan-iklan ini.
.
2) Newsfeed Audien. Sekiranya audien sasaran anda membuka paparan
newsfeed mereka, mereka akan jumpa iklan ini di kedudukan teratas. Anda boleh lihat perkataan “sponsored” pada iklan tersebut.
Paparan Iklan Buat Pengguna Smartphone
Sekiranya pengguna smartphone seperti iphone, android, dan lain-lain melayari FB, paparan iklan hanya dapat dilihat pada newsfeed sahaja. Lihat paparan di bawah;
.
1) Iklan sponsored post – Anda boleh
iklankan post yang anda dibina di fanpage anda. Ianya dipaparkan seperti di bawah.
.
2 ) Iklan sponsored page. Jika anda
promosikan fanpage anda untuk mendapatkan LIKE, ianya dipaparkan seperti di bawah.
Begitulah paparan iklan FB yang bakal dilihat oleh audien samada mereka menggunakan laptop, desktop, tab ataupun menggunakan smartphone.
.
.
FAKTA: Lebih dari 50% pengguna FB melayari FB melalui smartphone mereka pada setiap hari. Dari fakta ini, iklan anda bukan saja dilihat dari dekstop, tab, laptop, tapi ianya dilihat melalui smartphone pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Bagaimana iklan FB di kenakan bayaran?
Pengiklan dikenakan bayaran melalui kad kredit/kad debit ataupun paypal.
.
Diharap Agar Panduan Ini Membantu Anda Dalam Perniagaanposa.
.
Sila Ikuti Langkah-Langkah Yang Dipaparkan Setiap Halaman.
.
DILARANG MENJUAL PANDUAN INI TANPA KEBENARAN
.
HAK MILIK,
MOHD SYIRE BIN JALAL
017-7966080(WHATSAPP)



